K线
数据链上
VIP
市值
API
排行
CoinOSNew
CoinClaw🦞
语言
  • 简体中文
  • 繁体中文
  • English
全球行情数据应用领跑者,致力于更高效地提供有价值的信息。

功能

  • 实时行情
  • 特色功能
  • AI网格

服务

  • 资讯内容
  • 开放数据(API)
  • 机构服务

软件下载

  • PC版
  • Android版
  • iOS版

联系我们

  • 聊天室
  • 商务邮箱
  • 官方邮箱
  • 官方验证通道

加入社区

  • Telegram
  • Twitter
  • Discord

© Copyright 2013-2026. All rights reserved.

简体繁體English
|旧版
BTCBTC
💲70598.75
-
0.49%
ETHETH
💲2073.78
-
1.03%
SOLSOL
💲86.83
-
1.91%
TRUMPTRUMP
💲4.05
+
8%
USDCUSDC
💲0.9999
-
0%
HYPEHYPE
💲37.93
+
3.44%

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|2025年09月01日 06:48
Pagi tadi saya diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, sebuah institusi bersejarah berusia lebih 130 tahun. Saya menghargai cenderamata yang dihadiahkan pihak universiti berupa replika sijil diploma pertama yang dikurniakan sekitar tahun 1900. Saya berkongsi tentang kepercayaan yang terbina antara Malaysia dan China sejak setengah abad lalu, selain menyinggung soal kegawatan ekonomi dunia ketika ini, juga tentang hikmah sejarah yang mengingatkan kita bahawa konflik adalah pilihan. Keputusan Malaysia mengiktiraf Republik Rakyat China pada 1974 adalah langkah berani berlandaskan keyakinan pada masa depan, yang berkembang menjadi kepercayaan. Setiap pertemuan saya dengan Presiden Xi Jinping mengukuhkan kefahaman bahawa meskipun berbeza dari segi saiz, kedua-dua negara mampu berdiri setara dengan penuh hormat dan keikhlasan. Daripada asas inilah lahir kerjasama merangkumi projek infrastruktur yang menghubungkan ekonomi, kerjasama tenaga hijau dan ekonomi digital, malah kemudahan perjalanan antara rakyat kedua-dua negara. Dalam suasana dunia yang penuh ketidaktentuan, keikhlasan persahabatan ini menjadi sesuatu yang amat berharga. Hari ini kita menyaksikan tatanan dunia yang kian goyah. Peraturan dagangan berubah sesuka hati, kawalan eksport diumum dan ditarik balik sekelip mata dan perpecahan menjadi pilihan. Dalam kekalutan itu, kita punya tanggungjawab untuk memastikan sejarah dan tatanan dunia masa hadapan ditulis dengan dakwat Asia agar ia lebih adil, lebih terangkum dan memberi peluang kepada semua. Malaysia menawarkan jalan berbeza, yakni kedaulatan dalam kebergantungan. Ia bukan soal tunduk kepada orang lain, sebaliknya seni untuk berdiri teguh tanpa perpecahan. Negara boleh kekal sepenuhnya dengan pendirian dan kedaulatan, namun terbuka kepada aliran perdagangan, sumber dan teknologi yang diperlukan untuk mencapai kemakmuran bersama. Inilah semangat “harmony without uniformity” yang sudah lama berakar di Asia. Dari pelayaran Laksamana Zheng He hingga falsafah hé ér bù tóng, kita belajar bahawa tamadun mampu memperkayakan antara satu sama lain tanpa menghilangkan identiti. Kedaulatan dalam kebergantungan adalah terjemahan moden kepada semangat itu. Sebagai rantau yang kini memacu pertumbuhan global, Asia memikul amanah untuk memastikan aturan baharu ekonomi tidak membawa perpecahan, sebaliknya membina kemakmuran bersama. Perpecahan bukan sesuatu yang ditakdirkan. Kita boleh memilih jambatan atau membina tembok, memilih kerjasama atau persaingan sempit. Jika semangat ini kita teguhkan, Asia akan melangkah ke hadapan dengan bermaruah, kekal berpendirian namun terbuka antara satu sama lain. Di situlah lahir kekuatan kita, dan di situlah kita memperteguh Asia di persada dunia. ===== This morning at Tianjin University, I spoke about the trust Malaysia and China have built across half a century, the turbulence facing the global economy, and the lessons of history that remind us conflict is never inevitable. Malaysia was the first in Southeast Asia outside the socialist world to recognise the People’s Republic of China in 1974. That bold gesture matured into a steady habit of trust. Each of my meetings with President Xi Jinping has carried this understanding forward, that our nations, different in size yet equal in respect, can act with consistency and candour. That trust has enabled practical cooperation: infrastructure linking our economies, collaboration in green energy and the digital economy, and even the introduction of mutual visa-free travel. Such steadiness matters most in times of global uncertainty. (Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page) #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI(Anwar Ibrahim)
+5
曾提及
|
APP下载
Windows
Mac
分享至:

X

Telegram

Facebook

Reddit

复制链接

|
APP下载
Windows
Mac
分享至:

X

Telegram

Facebook

Reddit

复制链接

脉络

10月01日 03:13Bithumb拟于10月7日暂停Kusama充值、提现
09月30日 13:03Holesky将于明天迁移至Fusaka
09月30日 07:45UXLINK发布迁移及补偿计划提案
09月30日 00:16Phala Network拟完全迁移至以太坊L2
09月29日 13:35LUMIAUSDT即将从创新板块迁移到主板
09月29日 03:28UXLINK将举行AMA讨论安全事件及未来路线图
09月28日 13:59迁移旧的ERC20 OM至主网OM
09月28日 07:16UXLINK黑客事件引发行业警醒
09月28日 01:15HTX将支持Slerf迁移
09月28日 01:09UXLINK链上用户迁移拟下周开始

热门快讯

|
APP下载
Windows
Mac
分享至:

X

Telegram

Facebook

Reddit

复制链接

APP下载
Windows
Mac

X

Telegram

Facebook

Reddit

复制链接

热门阅读