Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|2025年09月01日 13:38
Meneruskan misi di Tianjin, saya menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Plus yang dipengerusikan Presiden Xi Jinping. Jemputan ini suatu penghormatan buat Malaysia, tatkala SCO telah mencatat kemajuan besar dalam ekonomi, kesihatan awam, keselamatan dan peralihan tenaga, seiring dengan pendirian Malaysia serta keutamaan ASEAN. Dalam sidang ini, Presiden Xi memperkenalkan Inisiatif Tadbir Urus Global, gagasan penting ketika multilateralisme semakin rapuh. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak lagi diyakini mampu melaksanakan agenda reformasi, sementara kita terus menyaksikan jurang kesenjangan melebar dan kekejaman berulang tanpa sebarang hukuman. Malaysia mendukung penuh inisiatif ini, yang berpaksikan keadilan, ihsan, kemanusiaan dan kerjasama, dengan multilateralisme sebagai teras. Prinsip luhur ini mesti diterjemah kepada tindakan nyata. Hakikatnya, wujud defisit kepercayaan terhadap tatanan dunia. Kegagalan menjamin perdagangan dan struktur kewangan yang adil, serta kelemahan menangani krisis iklim, mendedahkan jurang besar antara retorik yang dilaungkan dengan penderitaan sebenar rakyat di lapangan. Tatkala kita bakal memperingati ulang tahun kebangkitan rakyat China dan penamatan Perang Dunia Kedua pada Rabu ini, kita diingatkan akan makna yang mendalam. Hari peringatan ini hakikatnya adalah penolakan terhadap pencerobohan, keangkuhan kuasa, kolonialisme, imperialisme dan penindasan sesama manusia, sesuatu yang masih menghantui kita saat ini. Kekejaman di Gaza dan Palestin, di mana anak-anak kecil dibunuh tanpa belas, berlaku di depan mata kita. Kesannya turut melimpah ke Lubnan, Iran dan Iraq, sementara dunia seakan tidak berdaya menghalangnya. Kerana itu, Malaysia teguh mendukung Inisiatif Tadbir Urus Global, dan mendesak agar ia diperkasakan dengan lebih tekad untuk menghapuskan sebarang bentuk imperialisme, kolonialisme dan penindasan. Ayuh kita melangkah dengan penuh keberanian, berpandukan keadilan, kemanusiaan dan ihsan, demi membina dunia yang damai dan harmoni. ===== Today in Tianjin, I attended the Shanghai Cooperation Organisation (SCO) Plus Summit chaired by President Xi Jinping, where I reflected on the progress of the SCO in economic connectivity, public health, security, and energy transition, aligning with Malaysia’s position and ASEAN’s priorities. President Xi has introduced at this summit the Global Governance Initiative, an idea that resonates deeply at a time when the multilateral system is faltering. The United Nations no longer carries even the aspiration to reform itself. Between aspirations and reality lies a shadow, one that has allowed disparity to widen and atrocities to be committed with impunity. Malaysia supports this initiative, consistent with the moderate path of Confucius, Chung Yung, a balance anchored in justice, compassion, humanity, and cooperation, with multilateralism at its core. These ideals must be translated into practical action. There is today a deficit of trust in the international system. Failures in trade, financial architecture, and climate change response have exposed the disconnect between lofty declarations and the sufferings endured by the masses. As we gather here and prepare to commemorate the Chinese resistance and the end of the Second World War, let us recall what it truly means. It is the rejection of aggression, arrogance of power, colonialism, imperialism, and oppression of man by man, for these same forces continue to inflict suffering in our time. The atrocities in Gaza and Palestine, where innocent children are murdered with impunity, stand before our very eyes. They extend to neighbours in Lebanon, Iran, and Iraq while the world remains helpless. (Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page) #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI(Anwar Ibrahim)
+6
曾提及
分享至:

脈絡

熱門快訊

APP下載

X

Telegram

Facebook

Reddit

複製鏈接

熱門閱讀