Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|2025年09月02日 14:28
Kemuncak lawatan kerja saya ke China berlangsung di Great Hall of the People di Beijing petang tadi tatkala saya mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping. Saya ucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak SCO yang berlangsung dengan penuh bersejarah. Pertemuan ini memperkukuh ikatan yang terjalin sejak lawatan negara Presiden Xi ke Malaysia pada April lalu, di mana kita menandatangani 31 MoU dan perjanjian. Alhamdulillah, saya dan Presiden Xi senada untuk terus memperkukuh persahabatan ini berteraskan kepercayaan, hormat dan keikhlasan. Saya nyatakan bahawa hubungan ini perlu diterjemah dengan pelaksanaan segera terhadap perkara yang telah dipersetujui. Hanya dengan tindakan pantas, hubungan istimewa ini dapat memberi impak yang lebih bermakna buat rakyat kedua-dua negara. Saya turut menyatakan sokongan terhadap usul dan idea yang digagaskan oleh Presiden Xi, khususnya Belt and Road Initiative (BRI) yang memperkukuh keterhubungan dunia, serta Global Governance Initiative (GGI) yang dicetuskan dalam Sidang Kemuncak SCO kali ini. Ketika ini, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut. Nilai perdagangan dua hala tahun lalu mencecah AS106 bilion, mencerminkan eratnya hubungan ini. Saya nyatakan kepada Presiden Xi akan komitmen Malaysia untuk memperkukuh eksport bernilai tinggi seperti E&E, aeroangkasa, perubatan, farmaseutikal serta minyak dan gas. Presiden Xi turut menyatakan sokongan penuh beliau untuk menyegerakan penyertaan Malaysia sebagai anggota penuh BRICS, satu penghormatan besar atas dukungan terhadap negara kita untuk terus memainkan peranan penting di pentas dunia. Saya amat menghargai keikhlasan persahabatan yang dizahirkan Presiden Xi serta penghormatan yang diberikan kepada Malaysia. Meskipun kita sebuah negara kecil, keyakinan, saling percaya dan tekad bersama berupaya menjadi kekuatan besar untuk membentuk masa depan yang lebih aman, adil dan makmur. ===== The highlight of my working visit to China took place this afternoon at the Great Hall of the People in Beijing, where I paid a courtesy call on President Xi Jinping. I conveyed my congratulations on the historic success of the SCO Summit. This meeting built upon President Xi’s State Visit to Malaysia in April, where 31 MoUs and agreements were signed. President Xi and I reaffirmed our shared resolve to deepen this friendship, grounded in trust, respect and sincerity, and to ensure that commitments are swiftly translated into meaningful outcomes. I expressed Malaysia’s support for President Xi’s key initiatives, particularly the Belt and Road Initiative (BRI) to strengthen global connectivity, and the Global Governance Initiative (GGI), introduced at this SCO Summit. China has also remained Malaysia’s largest trading partner for 16 consecutive years, with bilateral trade reaching USD106 billion last year. Malaysia is committed to enhancing high-value exports such as E&E, aerospace, medical, pharmaceuticals and oil and gas. President Xi further conveyed his full support to expedite Malaysia’s accession as a full member of BRICS, a profound honour and a testament to China’s confidence in our ability to play a more meaningful role on the global stage. I deeply value the sincerity of friendship shown by President Xi and the respect accorded to Malaysia. Though we may be a small nation, mutual trust and shared determination can be a great strength in shaping a future that is more peaceful, just and prosperous. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI(Anwar Ibrahim)
+5
曾提及
分享至:

脈絡

熱門快訊

APP下載

X

Telegram

Facebook

Reddit

複製鏈接

熱門閱讀