
Anwar Ibrahim|Oct 17, 2025 15:01
Berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Putrajaya Holdings malam ini, saya tekankan bahawa kemajuan sesebuah kota tidak boleh diukur hanya melalui kehebatan pencakar langit atau kemodenan infrastrukturnya semata-mata.
Hakikatnya, kemajuan sebenar harus mencerminkan keindahan dan kebersihan persekitaran, keprihatinan terhadap alam sekitar, serta keutuhan nilai budaya dan kemanusiaan masyarakatnya.
Sering kali kita terlupa, bahawa yang kita bangunkan bukan sekadar gedung atau kota, tetapi nilai kemanusiaan atau karamah insaniah yang menjadi teras kepada konsep MADANI.
Kota yang maju mesti bersih, indah dan lestari. Namun di sebalik segala pembangunan fizikal, jangan sekali-kali kita abaikan hakikat bahawa tujuan utama pembangunan ialah membentuk manusia yang berjiwa, berakhlak dan bertanggungjawab terhadap persekitarannya.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja(Anwar Ibrahim)
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink