Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Jun 10, 2026 14:45
Mengakhiri lawatan rasmi ini dengan sidang media bersama PM @takaichi_sanae selepas pertemuan dua hala yang berlangsung dalam suasana persahabatan dan saling percaya yang sekian lama menjadi asas hubungan Malaysia-Jepun. Jepun adalah antara sahabat penting Malaysia dalam perjalanan pembangunan negara kita. Sokongan kerajaan dan industri Jepun sejak 1970-an telah membantu mempercepat proses perindustrian Malaysia. Hari ini, kerjasama itu terus berkembang ke bidang-bidang baharu yang akan membentuk masa depan ekonomi dunia. Alhamdulillah, pertemuan ini membuahkan beberapa kemajuan penting dalam usaha memperkukuh Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Jepun, antaranya: 🌊 Memperkukuh kerjasama keselamatan maritim menerusi Official Security Assistance (OSA). 🤖 Memperluas kerjasama AI, semikonduktor dan teknologi digital bagi menyokong pembangunan industri masa depan. ⚡ Memeterai perjanjian bekalan LNG jangka panjang antara PETRONAS dan JERA selama 20 tahun bermula 2028. 🏭 Mengembangkan kerjasama dalam mineral kritikal, pembuatan termaju dan rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan. 💴 Memperkukuh kerjasama kewangan termasuk memperluas penggunaan Ringgit dan Yen dalam perdagangan dan pelaburan. 🤝 Meneruskan pelaksanaan empat Memorandum Kerjasama (MoC) yang dimeterai antara kedua-dua negara. Kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk perkembangan di Myanmar, Asia Barat serta rantau Indo-Pasifik. Malaysia dan Jepun berkongsi keyakinan bahawa keamanan, kestabilan dan kemakmuran hanya dapat diperkukuh menerusi kerjasama yang erat dan saling menghormati. Insya-Allah, hubungan yang dibina atas asas persahabatan, kepercayaan dan perkongsian strategik ini akan terus membuka peluang baharu demi manfaat rakyat kedua-dua negara. ===== I concluded my official visit to Japan today with a joint press conference alongside PM Takaichi following our productive bilateral meeting. Japan has been one of Malaysia’s most important partners since the 1970s, playing a pivotal role in our industrialisation and economic development. Today, that partnership is entering a new phase, focused on the industries and technologies that will shape the future. Among the key outcomes of our discussions were: 🌊 Enhanced maritime security cooperation through Japan’s Official Security Assistance (OSA). 🤖 Expanded collaboration in AI, semiconductors and digital technologies. ⚡ A long-term LNG supply agreement between PETRONAS and JERA for 20 years beginning in 2028. 🏭 Deeper cooperation in critical minerals, advanced manufacturing and resilient supply chains. 💴 Greater use of the Ringgit and Yen in trade and investment. 🤝 Continued implementation of the four Memoranda of Cooperation concluded between our two countries. We also exchanged views on developments in Myanmar, West Asia and the Indo-Pacific. I am confident that the enduring friendship and trust between Malaysia and Japan will continue to create new opportunities and shared prosperity for our peoples. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI(Anwar Ibrahim)
+1
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads