
Anwar Ibrahim|4月 20, 2026 13:48
📞📞📞
Berhubung dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong hari ini bagi membincangkan perkembangan terkini konflik Asia Barat yang kian menghimpit rantaian tenaga dan bekalan dunia, termasuk di rantau kita.
Kami menyambut baik gencatan senjata sementara melibatkan Amerika Syarikat, Iran, Israel dan Lubnan. Saya tegaskan keperluan mendesak untuk semua pihak menyokong penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berkekalan.
Malaysia menyokong usaha diplomatik yang sedang digerakkan, termasuk peranan Pakistan dalam membuka ruang dialog. Pada masa yang sama, kita menegaskan kepentingan mengekalkan kebebasan serta keselamatan laluan maritim di Selat Hormuz, selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Menyentuh isu tenaga, perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan sistem grid serta menangani cabaran keseimbangan penawaran dan permintaan, termasuk mempercepat pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN sebagai langkah strategik serantau.
Insya-Allah, melalui kerjasama erat dan pendekatan berpaksikan kepentingan rakyat, kita akan terus memastikan Malaysia dan ASEAN kekal berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global ini.
=====
During my phone call with Singapore Prime Minister Lawrence Wong today, we discussed developments in West Asia, welcomed the temporary ceasefire, and stressed the need for a lasting resolution.
Malaysia supports ongoing diplomatic efforts, including Pakistan’s role in facilitating dialogue, and underscored the importance of safeguarding freedom of navigation through the Strait of Hormuz.
On energy, we focused on strengthening grid resilience and managing supply-demand pressures, while accelerating regional cooperation through the ASEAN Power Grid. We will continue to prioritise domestic needs and ensure Malaysia and the region remain resilient amid global uncertainty.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI(Anwar Ibrahim)