Anwar Ibrahim|5月 09, 2026 07:07
Pagi ini saya meneruskan lawatan kerja dengan berkunjung ke Pulau Banggi, Sabah seusai Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina. Saya ke Pos Dogoton untuk meninjau tahap kesiapsiagaan di kawasan sempadan Malaysia-Filipina.
Pos Dogoton adalah antara pos keselamatan hadapan bersempadanan dengan perairan Filipina yang memainkan peranan penting dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara di kawasan utara Sabah. Ini termasuk mengawal ancaman pencerobohan, penyeludupan serta aktiviti jenayah rentas sempadan.
Saya diberikan taklimat berkenaan pelaksanaan operasi di sini, sebelum dibawa melihat kawasan kepulauan berhampiran serta meninjau pengoperasian radar yang menjadi antara aset penting pemantauan keselamatan di kawasan ini.
Penugasan di kawasan terpencil dengan keadaan muka bumi dan cuaca yang mencabar menuntut ketahanan mental, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam pasukan. Penghargaan tertinggi buat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditugaskan menjaga kedaulatan tanah air di Pos Dogoton.
Keteguhan, keberanian dan kesiapsiagaan pasukan dalam mempertahankan setiap inci perairan negara daripada sebarang ancaman adalah lambang pengorbanan yang jarang terlihat, namun menjadi benteng yang memastikan kita terus hidup aman dan tenteram.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI(Anwar Ibrahim)
Share To
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink